Teknik Role Play sebagai Kaedah Pembelajaran Bagi Meningkatkan Kemahiran Bertutur Bahasa Mandarin dalam Kalangan Pelajar di UiTM Kelantan

Authors

  • Norlida Razali Author
  • Siti Anisah Mohd Hatta Author

Keywords:

Teknik Role play, kaedah pembelajaran, kemahiran bertutur bahasa Mandarin, bukan penutur jati

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membincangkan teknik Role play sebagai salah satu kaedah pembelajaran bagi meningkatkan kemahiran bertutur bahasa Mandarin dalam kalangan pelajar bukan penutur jati di Universiti Teknologi Mara Cawangan Kelantan, (UiTMCK). Kajian ini bersifat kualitatif dan data dikumpul dengan menggunakan teknik pemerhatian secara langsung, perbincangan dan temubual untuk menilai keberkesanan teknik Role play dalam kaedah pembelajaran bahasa Mandarin. Dapatan kajian menunjukkan bahawa  pelajar bukan penutur jati boleh mengatasi masalah bertutur bahasa Mandarin dengan menggunakan teknik Role play. Hasil kajian juga mendapati bahawa teknik roleplay dapat membantu pelajar membina keyakinan diri dalam menguasai bahasa asing. Teknik pembelajaran ini juga dilihat dapat mewujudkan satu suasana yang kondusif dan santai yang mendorong pelajar khususnya dalam kalangan bukan penutur jati untuk meningkatkan tahap penguasaan kemahiran bertutur dalam bahasa Mandarin bukan sahaja di dalam kelas, malah di luar kelas.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-10-14

How to Cite

Teknik Role Play sebagai Kaedah Pembelajaran Bagi Meningkatkan Kemahiran Bertutur Bahasa Mandarin dalam Kalangan Pelajar di UiTM Kelantan. (2025). International Journal of Multilanguage and Humanities Studies, 1(1), 12-23. https://ijmhs.my/index.php/ijmhs/article/view/4